Debat UTHM

Friday, June 26, 2009

Ranking FOMCA

salam,

Berikut adalah dinyatakan ranking bagi pasukan dan individu bagi Pertandingan Debat Kepenggunaan 2009 yang telah berlangsiung di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada minggu lepas.

Bagi senarai Ranking Pasukan, sila muat turun di SINI

Bagi senarai Ranking Individu, sila muat turun di SINI

Tahniah kepada semua!

Alam Sekitar - UTP

salam,

kurang sebulan lagi gelanggang debat alam sekitar akan dibuka di Universiti Teknologi Petronas, UTP. Kronologi bertautan dari Integriti, Perpaduan dan ke FOMCA. Kini tiba masa isu Alam Sekitar diangkat sebagai agenda utama perdebatan. Selama 5 hari 4 malam, pendebat-pendebat IPT akan berkampung di Perak atas mandat yang satu, berbahas isu global, ALAM SEKITAR. Dari 24 hingga 28 Julai 2009. Berikut merupakan usul bagi 6 pusingan saringan Debat Alam Sekitar 2009 :

Pusingan 1
Penerokaan Hutan Membawa Faedah

Pusingan 2
Penggunaan Pembungkus Plastik Perlu DIHaramkan

Pusingan 3
"Earth Hour" Perlu DiTeruskan

Pusingan 4
Kereta Hibrid Hanya Menguntungkan Pengeluarnya

Pusingan 5
Dunia Memerlukan Teknologi Biofuel

Pusingan 6
Perdagangan Karbon Menjual Alam

Bagi pendebat-pendebat UTHM, perjalanan kalian kami iringi selautan doa keberkatan agar kalian mampu untuk mengecap puck tertinggi. Ingatlah,
Demi mencicip kemanisan, kita perlu mengupas kepahitan

Maklumat lanjut, sila layari blog DAS 2009 dengan mengetik gambar di bawah;

Sunday, June 21, 2009

Keputusan Debat FOMCA 2009

salam,

hampir 4 hari 3 malam UTHM dihuni oleh pendebat-pendebat hebat daripada seluruh pelusuk Malaysia.. Setelah penat lelah berjuang dalam debat kepenggunaan ini, berikut disenaraikan pemenang bagi Pertandingan Debat Kepenggunaan 2009.

Tuan Rumah : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UTHM

Usul : Kuasa Pengguna Hanya Pada Suara

Johan : Universiti Putra Malaysia, UPM (Pembangkang)
Naib Johan : Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (Kerajaan)

Pendebat Terbaik Pentas Akhir : Sdr. Mohd Syamsul bin Salleh (UPM)
Pendebat Terbaik Liga : Sdr. Mohd Firdaus B Ahmad (UM)

Detik Debat FOMCA 2009


Johan serta Naib Johan Pertandingan Debat FOMCA 2009


Pendebat Pentas Akhir bersama YDP dan Penjaga Masa


Yang Dipertua Speaker Dewan bersama 2 Penjaga Masa


*untuk gambar-gambar sekitar pentas akhir debat kepenggunaan 2009, sila ketik SINI..

Usai Pengguna

salam,

Alhamdulillah..
usai segalanya pada hari ini.
  1. Terima kasih kepada semua institusi yang sudi bertandang ke UTHM demi dasar yang satu, memperjuangkan hak pengguna Malaysia melalui medium perdebatan.
  2. Sisip penghargaan kepada pihak FOMCA atas anjuran pertandingan ini yang boleh dibanggakan penganjurannya..
  3. Sekalung tahniah kepada pasukan Universiti Putra Malaysia, UPM kerana berjaya menyandang gelaran Johan serta kepada Sdr. Sham atas sandarannya sebagai Pendebat Terbaik Pentas Akhir.
  4. Tidak dipinggir buat pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia yang berjaya menapak di kedudukan Naib Johan.
  5. Buat semua IPTA/S dan IPG yang mengambil bahagian, tahniah kerana anda berjaya untuk menjadi antara yang bertuah untuk turut serta dalam pertandingan mega ini.
  6. Kepada semua urusetia pembantu pelajar, segunung junjungan terima kasih pihak sekretariat ucapkan kepada kalian atas bantuan komited yang ditonjokan.
  7. Untuk mana-mana pihak yang terasa akan kekurangan daripada pihak UTHM, kami ingin merapat jari memohon maaf atas kebenjatan tersebut. Bukan kehendak kita, kami merancang, Yang Maha Esa yang menentukannya.
  8. Buat semua, insyaallah kita ketemu lagi pabila ditakdir oleh-Nya kita bertemu..
  9. Picisan kenangan dalam debat fomca ini akan cuba dimasukkan ke dalam album maya, flickr debat-uthm.

Kemaskini Ringkas

salam,

Kemaskini ringkas..

17 Jun
Peserta debat sudah mula mendaftar. Ada yang turun bas dekat BP. Ada yang naik bas. Ada yang naik van. Ada yang naik kapal terbang. Sesi T.O.T. runner, eksekutif jamuan dan pengangkutan berjaya dilaksanakan. Alhamdulillah..

18 Jun
Pendaftaran bermula agak lewat daripada pihak FOMCA kerana ada sedikit masalah teknikal. Pihak UTHM telah membuat pendaftaran kolej kediaman bagi pendebat yang tiba semalam dan hari ini. Pendaftaran Juri berlangsung di Hotel Crystal Inn, Batu Pahat. Pendaftaran pihak FOMCA bermula jam 2.00 ptg di Dewan Kuliah A. Masih ada pasukan yang baru tiba. Sesi ceramah berlangsung dengan lancar. Malam, peserta masuk ke Dewan Tunku Ibrahim Ismail, DTII untuk slot ceramah 4 dan kemudian di bawa ke Dewan Terbuka untuk Majlis 'Welcoming Dinner".

19 Jun
4 pusingan berlangsung dengan lancar. Kerjasama yang diberikan oleh semua berada pada tahap maksima. Runner semua begitu proaktif, Cemerlang!. Pusingan ke-4 dibawa ke sesi petang atas perbincangan juri. Malam, ada pasukan yang berbincang, ada yang ke Ayer Hitam, ada ke Dataran Penggaram, dsb.

20 Jun
2 pusingan berlangsung (5 & 6). 8 pasukan teratas berjaya mara ke pusingan SUKU AKHIR. Alhamdulillah, pasukan UTHM telah berjaya ke SUKU AKHIR. walaupun begitu, mereka "kurang berjaya" apabila bertembung dengan UTP. Pasukan ke SEPARUH AKHIR, UiTM, UPM, UKM dan UTP. Pasukan ke pusingan AKHIR adalah Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pertandingan akan berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, DTII. Semoga berjaya pada semua!!

Thursday, June 18, 2009

Aluan UTHM

salam,

Alhamdulillah.. Ramai pasukan debat yang dah tiba di UTHM bermula petang tadi.. Selaku wakil tuan rumah, Jawatankuasa Pembantu Pelajar ingin mengucapkan Selamat Datang kepada semua pasukan pendebat IPTA/IPTS dan IPG untuk Debat Kepenggunaan 2009. Kami cuba untuk melakukan yang terbaik untuk anda semua.. Insyaallah..

Untuk tentatif pergerakan esok hari, anda boleh rujuk di SINI..

SELAMAT BERDEBAT SEMUA!!

Monday, June 15, 2009

Tentatif Pertandingan Debat Kepenggunaan 2009

salam,

Berikut adalah tentatif bagi Pertandingan Debat Kepenggunaan antara IPTA/IPTS dan IPG 2009 yang akan berlangsung di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

anda boleh melihat tentatif di SINI
atau
muaturun secara langsung di SINI

selamat..!

Sunday, June 14, 2009

Senarai Pembantu Pelajar

salam,

Berikut adalah disenaraikan nama Pembantu Pelajar bagi Pertandingan Debat Kepenggunaan antara IPTA/S dan IPG 2009.
  1. AISYAH BT BORHAN
  2. ASMIDAR BT ALIAS
  3. FADILAH BT HAMADA
  4. IBRAHIM B TAHIR
  5. NORLIZA BT MAT
  6. NORYUSMAIZA BT YAHYA
  7. SITI SAIDAH BT MAT TAIB
  8. SITI NORAFZANIZA BT M. NOOR
  9. NORAZILA BT MOHD SALLEH
  10. NAZRATUL SHIMA BT HASHIM
  11. SYIRUS RAUPIT
  12. SITI NURAISAH BT BAKAR
  13. SERI SYAHLILIANA BT SAKKA
  14. NUR HAMIZAH ATIQAH BT SULADI
  15. NURFAUZANA BT KAMARUZAMAN
  16. SITI ZAHARA BT KUMPUL
  17. NURUL AFIQAH BT RAFIEE
  18. NURUL FARIHA BT MOKDIN
  19. AMINAH BT MOHD SALIH
  20. ANDREAS ALBERT ANAK RANIAH
  21. NURAIN IZZATI BINTI SHUHAIMI
  22. MUHAMMAD AMIN B AB RAHIM
  23. NITYA A/P RADHAKRISHNAN
  24. JASBINDER SINGH A/L JASWANT SINGH
  25. MOHD HAMDAN BIN MOHD HATTA
  26. ATIQAH BT HASSAN
  27. HALINDA BT SULAIMAN
  28. HAZRUL LIZA BT ZUHRY
  29. NOR AMALINA BT MOHD SABRI
  30. NOR AINI BT RANI
  31. NOR AINUN BT YAACOB
  32. RINA BT ABDURAHMAN
  33. NUR ZAKIAH BT ABU BAKAR
  34. JAMREE BIN ARIFIN WONG
  35. MOHD ZULHELMI BIN MOHAMED
  36. KAMARUDDIN B. MAT NOOR
  37. MOHAMMAD AZHAR B. SHOIB
  38. MUHAMMAD RUSYDI BIN AZHARI
  39. AIN ILYANA BT MOHD @ MOHD YUSOF
  40. ASLINAH BINTI AHAU
  41. NURZAFIRAH BINTI MOHD NAIM
  42. NORMESRANI HAYATI BINTI PARDI
  43. MOHD AL-HAFIZ BIN MOHD JAMIL
  44. RIDHUAN BIN AMI
  45. MOHAMAD FARID BIN MOHAMED ITAM
  46. NABIL FIKRI BIN AHMAD
  47. ABU ZAR BIN ZABIDI
  48. LUQMAN HAKIM BIN MAHMOD
  49. MARINA BINTI OMAR
  50. SHAMSUL BIN DIMAN
  51. AKMAL BIN MOHD NOOR
Adalah dimaklumkan kepada semua Pembantu Pelajar, satu bengkel ringkas akan diadakan pada 17hb Jun 2009, Rabu bertempat di Dewan Aktiviti Pelajar Kolej Kediaman Tun Dr Ismail. Bengkel akan bermula jam 8.00 pagi dan dijangka tamat pada jam 12.30 tghari.

Kemaskini Pasukan Debat FOMCA

salam,

Pihak urusetia sudah mendapat pengesahan bahawa Universiti Industri Selangor, UniSEL tidak akan menghantar pasukan debatnya bagi Pertandingan Debat Kepenggunaan antara IPTA/IPTS dan IPG 2009. Kami masih menunggu pihak Universiti Malaysia Kelantan, UMK untuk membuat pengesahan pasukan.

sekian.

Saturday, June 13, 2009

TERKINI - Senarai pasukan Debat Kepenggunaan 2009

salam,

Ini adalah senarai nama pasukan debat yang TERKINI diterima pihak urusetia bagi Debat Kepenggunaan antara IPTA/S dan IPG 2009 pada 12 Jun 2009 sehingga jam 4.00petang tadi. Terdapat 41 pasukan yang telah menghantar nama peserta yang mewakili institusi masing-masing. Urusetia difahamkan bahawa Universiti Industri Selangor, UniSEL akan menghantar wakil tetapi senarai nama pendebat UniSEL belum lagi diterima oleh pihak urusetia. Harap dapat pihak pendebat UniSEL menghantar nama pendebat mereka secepat mungkin.

Berikut adalah nama institusi yang TERKINI ...

  1. IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
  2. IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, K.LIPIS PHG
  3. KOLEJ PROFESIONAL MARA INDERA MAHKOTA, PHG
  4. IPGM KAMPUS PULAU PINANG
  5. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIA), GOMBAK
  6. IPGM KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, K.LUMPUR
  7. UNIVERSITI DARUL IMAN, KAMPUS KUSZA. K.TRG
  8. UTHM, BATU PAHAT. JOHOR
  9. IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN, P.PINANG
  10. IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JB
  11. IPGM KAMPUS IPOH, PERAK
  12. IPGM KAMPUS RAJA MELEWAR, N.SEMBILAN
  13. IPGM KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL, KUALA TRG
  14. IPGM KAMPUS ILMU KHAS, TUN ABDL RAZAK, K.LUMPUR
  15. IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT TRG
  16. UNIVERSITI MULTIMEDIA (MMU), MELAKA
  17. ISLAND COLLEGE OF TECHNOLOGY (ICT), P.PINANG
  18. IPGM KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA
  19. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
  20. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
  21. UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
  22. INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE
  23. IPGM KAMPUS GAYA
  24. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
  25. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
  26. UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
  27. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
  28. IPGM KAMPUS BATU LINTANG
  29. KOLEJ MARA KUALA NERANG
  30. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
  31. KOLEJ MARA KULIM
  32. UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK
  33. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  34. IPGM KAMPUS PERLIS
  35. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
  36. UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
  37. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
  38. MANAGEMENT & SCIENCE UNIVERSITY
  39. UNIVERSITI MALAYA
  40. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
  41. UNIVERSITI TENAGA NASIONAL
Semoga berjaya buat kalian!!

Pertandingan Debat Kepenggunaan 2009

salam,

Alhamdulillah.. tahun 2009 sekali lagi mengizinkan gelanggang Debat Kepenggunaan untuk dibuka. Pertandingan Kepenggunaan anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merupakan acara tahunan sempena Sambutan Hari Pengguna Malaysia. Pertandingan Debat Kepenggunaan antara IPTA, Swasta dan Institut Perguruan pada tahun ini akan berlangsung di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor.

Walaupun universiti ini masih baru, tetapi komitmen yang ditunjukkan bagi menjadi tuan rumah pada kali ini sungguh padu. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menerima kunjungan IPTA, IPTS dan IPG dari seluruh Malaysia dan akan berkampung di sini selama lima hari iaitu bermula 18hbb Jun hingga 21hb Jun 2009. Semoga kedatangan kalian akan memeriahkan lagi suasana perdebatan pada kali ini. Insyaallah..

Kami selaku Sekretariat Debat UTHM, mewakili pihak universiti untuk mengucapkan

Selamat Datang
kepada semua pendebat (IPTA/IPTS/IPG) ke

Pertandingan Debat Kepenggunaan 2009

yang bertempat di



uthmlogoputih

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor Darul Ta'zim
Malaysia

Butiran mengenai Pertandingan Debat Kepenggunaan 2009 boleh diperolehi di SINI <--- ketik Laman web Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor (SINI) <--- ketik

Sekretariat Debat UTHM

Selamat Datang ke laman

Sekretariat Debat
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

http://debat-uthm.blogspot.com