Monday, March 21, 2011

Pasukan UTHM di UUM



Alhamdulillah setelah beberapa hari berkampung di Universiti Utara Malaysia akhirnya team UTHM berjaya meraih 3 kemenangan daripada 6 di peringkat saringan. Tersebut adalah keputusan bermulanya sidang pertama sehingga sidang keenam.

Sidang pertama : UTHM bertemu Universiti Tunku Abdul Rahman
Usul : SPRM Langkah Bijak
Margin : 6.5
Pendebat terbaik : Mohd Azreen Shah

Sidang kedua : UTHM bertemu Universiti Islam Antarabangsa
Usul : Gaji Minimum Adalah jawapannya
Margin : 1.3
Pendebat terbaik : Mohd Azreen Shah

Sidang ketiga : UTHM bertemu MSU
Usul : Masalah Rasuah Iltizam Politik di Damba
Margin : 1.6
Pendebat tebaik : Mohd Amirul

Sidang keempat : UTHM bertemu UiTM
Usul : MEB satu angan-angan
Margin : 3.33
Pendebat terbaik : Mohd Azreen Shah

Sidang kelima : UTHM bertemu UMS
Usul : Rasuah di Malaysia sudah kronik
Margin: 3.0
Pendebat terbaik : Jufazli

Sidang keenam : UTHM bertemu UPM
Usul : Isu halal di Malaysia tiada penghujungnya

Akhir : MMU bertemu USIM
Usul : Integriti politik penentu PRU ke-13
Juri : 5-2
Pendebat terbaik : Mohd Ikhwan Mohd Roselli



Ranking Pendebat UTHM :

Mohd Saddam Kamarulzaman - 50
Awang Mohd Nurjihan -37
Mohd Azreen Shah -18


Sekalung tahniah di ucapkan kepada semua pendebat UTHM serta tidak lupa juga kepada wakil pengiring universiti dan senior debat saudari Fazrina Zifa dan saudara Umol Rakiman. Semoga team debat UTHM akan berjaya dalam pertandingan akan datang. Tahniah juga diucapkan kepada para pendebat Universiti Multimedia kerana berjaya meraih johan Pertandingan Debat Integriti 2011. Dengan Hikmah Kami Meneroka. Wasalam.





Thursday, March 17, 2011

UTHM : Debat Integriti 2011




Universiti Tun Hussein Onn Malaysia hari ini menghantar wakil perserta dan penyokong ke Pertandingan Debat Integriti yang akan berlangsung di Universiti Utara Malaysia di Kedah. Pertandingan yang berlangsung dari 17 Mac sehingga 21 Mac 2011. Pihak kami mengucapkan semoga berjaya dan selamat dalam perjalanan pergi dan pulang, segala perkembangan dalam pertandingan tersebut akan dimaklumkan kemudian.

USUL: Debat Integriti 2011

A. Usul Pentadbiran

1. Bekerja di Rumah Jawapan kepada Integriti Penjawat Awam.
2. Lanjutkan Usia Persaraan Tindakan Wajar.
3. Birokrasi Punca Rasuah Berleluasa.
4. Audit Nadi Integriti Sektor Awam.
5. SPRM : Langkah Bijak.
6. Piagam Pelanggan Sekadar Hiasan Dinding.
7. NKRA : Satu Pembaziran.
8. Transformasi Kerajaan Pemacu Ekonomi Negara.
9. KPI Merangsang Kualiti Perkhidmatan Awam.
10. Gaji Minimum Bukan Jawapannya.

B. Usul Politik

1. Wikileaks Penggugat Integriti.
2. Masalah Rasuah : Iltizam Politik Didamba.
3. Rasuah di Malaysia Sudah Kronik.
4. Politik Malaysia Belum Matang.
5. Guru Berpolitik Satu Diskriminasi.
6. Pilihanraya Kecil Perlu Dimansuhkan.
7. Dewan Ini Menyokong Hukuman Sebat Mandatori kepada Pesalah Rasuah.

C. Usul Ekonomi

1. IMF Ibarat Lintah.
2. AIG : Krisis Enron Kedua.
3. Negara Berpendapatan Tinggi : Jauh Panggang Dari Api.
4. ASEAN Memerlukan Satu Sistem Mata Wang.
5. Model Ekonomi Baru : Satu Angan-Angan.
6. Tadbir Urus Baik Penentu NKEA.
7. Pelaksanaan Tanggung Jawab Sosial Korporat, Lambang Integriti Dijunjung.

D. Usul Sosiobudaya

1. Meritokrasi Pengukuh Perpaduan Negara.
2. 1 Malaysia : Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran.
3. Sudah Tiba Masanya Hukuman Mati Dimansuhkan.
4. Mahasiswa Kini Giat Memplagiat.
5. Rakyat Kita Tidak Serius tentang Soal Integriti.
6. OKU Masih Tersisih.
7. Integriti : Pendidikan Lebih Berkesan Daripada Penguatkuasaan.
8. Kebebasan Laman Sosial Perlu Dikawal.
9. Isu Halal di Malaysia Tiada Penghujungnya.
10. Persatuan Sukan Perlukan Perubahan.
11. Perkahwinan Usia Muda Wajar Digalakkan.
12. Jaringan Sosial di Internet : Satu Ketagihan.
13. Hubungan Etnik di Malaysia Meningkatkan Keharmonian Komuniti.
14. Judi dan Sukan : Nila dan Susu.
15. Swapendedahan dalam Kalangan Masyarakat Malaysia Menyedihkan.
16. Benih Integriti Ditanam, Rumpai Integriti yang Tumbuh.