Debat UTHM

Wednesday, July 17, 2013

Debat KAP kembali lagi?


Karnival Aktiviti Pelajar kembali lagi. Inilah peluang untuk anda menunjukkan bakat anda di dalam arena debat kerana Pertandingan Debat Piala Naib Canselor akan di adakan di dalam  minggu Karnival Aktiviti Pelajar 2013. Mungkin disinilah platform anda bermula. Serlahkan bakat yang ada.

UTHM Naib Johan Debat Perpaduan Antara IPTA 2013

Rasanya masih belum terlambat untuk berkongsi dengan anda semua detik manis yang telah dirasai oleh Pasukan Debat UTHM yang telah menyertai Pertandingan Debat Perpaduan Antara IPTA 2013. Pasukan Debat UTHM telah berada dipentas final bersama Universiti Kebangsaan Malaysia dan telah muncul sebagai Naib Johan di dalam pertandingan tersebut.

 
Sekalung Ucapan Tahniah buat para peserta
 
Pasukan Debat Bahasa Melayu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus mempamerkan kecemerlangan dalam arena debat peringkat Institusi Pengajian Tinggi apabila berjaya merangkul gelaran naib juara di dalam Pertandingan Debat Perpaduan Antara IPT 2013 yang diadakan di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah baru-baru ini.

Pasukan UTHM yang diwakili oleh Amirul Faiz bin Abdul Latif, Awang Mohd Nurjihan bin Awang Ali, Lee Te Chuan dan Mohd Hasrul Effendi bin Muhd Salleh yang bertindak selaku Kerajaan memperdebatkan usul “PRU13 Cerminan Perpaduan Di Malaysia”. Selaku naib johan, mereka membawa pulang wang tunai RM 5000.00, piala iringan dan sijil penghargaan. Manakala Pasukan UKM selaku Pembangkang yang diwakili oleh Mohd Daniel Baharuddin, Natalia Sonia Hii, Najah Izzati Sulaiman dan Muhd Fiqri telah dinobatkan sebagai Johan dengan membawa pulang wang tunai RM 7000.00, piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan.

Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang turut hadir menyaksikan pertandingan akhir ini.

Menyedari seni berfikir dan berucap ini mampu memberi impak besar dalam memperkembangkan nilai perpaduan selain berupaya mengumpul idea bernas dan segar, buat kali ke-9 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan pertandingan debat ini dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM), Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah dan Universiti Malaysia Sabah.

Pertandingan ini menggunakan format Asian Parliamentary iaitu 2 buah pasukan yang terdiri daripada 4 orang pendebat yang memainkan peranan sebagai Kerajaan dan Pembangkang. Pertandingan ini telah berjaya menarik penyertaan sebanyak 33 pasukan debat mewakili 33 buah IPT, IPG dan Politeknik seluruh negara untuk memperdebatkan 20 usul yang telah disediakan.

Persediaan dan usaha keras yang dilakukan sebelum pertandingan ini banyak membantu pasukan debat untuk sampai ke peringkat akhir.

UTHM berjaya sampai ke Pertandingan Akhir Debat Perpaduan Antara IPT 2013 setelah menewaskan pasukan debat Universiti Teknologi Mara (UiTM) di peringkat suku akhir dan di peringkat separuh akhir yang menemukan pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Wednesday, July 10, 2013

JOM MASUK DEBAT UTHM 2013 !!

Kebanyakkan pendebat lahir daripada kerumitan, bermula dengan keberanian tanpa asas perdebatan tetapi ia merupakan pendidikan berterusan dalam komunikasi berkesan. Setiap pendebat dilahirkan daripada kegigihan. Debat bermakna bercakap soal keperluan berbanding kepentingan.
Setiap Anda empunya jiwa pendebat cuma ia perlu diasah dengan kecekalan.