Debat UTHM

Wednesday, July 17, 2013

Debat KAP kembali lagi?


Karnival Aktiviti Pelajar kembali lagi. Inilah peluang untuk anda menunjukkan bakat anda di dalam arena debat kerana Pertandingan Debat Piala Naib Canselor akan di adakan di dalam  minggu Karnival Aktiviti Pelajar 2013. Mungkin disinilah platform anda bermula. Serlahkan bakat yang ada.

UTHM Naib Johan Debat Perpaduan Antara IPTA 2013

Rasanya masih belum terlambat untuk berkongsi dengan anda semua detik manis yang telah dirasai oleh Pasukan Debat UTHM yang telah menyertai Pertandingan Debat Perpaduan Antara IPTA 2013. Pasukan Debat UTHM telah berada dipentas final bersama Universiti Kebangsaan Malaysia dan telah muncul sebagai Naib Johan di dalam pertandingan tersebut.

 
Sekalung Ucapan Tahniah buat para peserta
 
Pasukan Debat Bahasa Melayu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus mempamerkan kecemerlangan dalam arena debat peringkat Institusi Pengajian Tinggi apabila berjaya merangkul gelaran naib juara di dalam Pertandingan Debat Perpaduan Antara IPT 2013 yang diadakan di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah baru-baru ini.

Pasukan UTHM yang diwakili oleh Amirul Faiz bin Abdul Latif, Awang Mohd Nurjihan bin Awang Ali, Lee Te Chuan dan Mohd Hasrul Effendi bin Muhd Salleh yang bertindak selaku Kerajaan memperdebatkan usul “PRU13 Cerminan Perpaduan Di Malaysia”. Selaku naib johan, mereka membawa pulang wang tunai RM 5000.00, piala iringan dan sijil penghargaan. Manakala Pasukan UKM selaku Pembangkang yang diwakili oleh Mohd Daniel Baharuddin, Natalia Sonia Hii, Najah Izzati Sulaiman dan Muhd Fiqri telah dinobatkan sebagai Johan dengan membawa pulang wang tunai RM 7000.00, piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan.

Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang turut hadir menyaksikan pertandingan akhir ini.

Menyedari seni berfikir dan berucap ini mampu memberi impak besar dalam memperkembangkan nilai perpaduan selain berupaya mengumpul idea bernas dan segar, buat kali ke-9 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan pertandingan debat ini dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM), Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah dan Universiti Malaysia Sabah.

Pertandingan ini menggunakan format Asian Parliamentary iaitu 2 buah pasukan yang terdiri daripada 4 orang pendebat yang memainkan peranan sebagai Kerajaan dan Pembangkang. Pertandingan ini telah berjaya menarik penyertaan sebanyak 33 pasukan debat mewakili 33 buah IPT, IPG dan Politeknik seluruh negara untuk memperdebatkan 20 usul yang telah disediakan.

Persediaan dan usaha keras yang dilakukan sebelum pertandingan ini banyak membantu pasukan debat untuk sampai ke peringkat akhir.

UTHM berjaya sampai ke Pertandingan Akhir Debat Perpaduan Antara IPT 2013 setelah menewaskan pasukan debat Universiti Teknologi Mara (UiTM) di peringkat suku akhir dan di peringkat separuh akhir yang menemukan pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Wednesday, July 10, 2013

JOM MASUK DEBAT UTHM 2013 !!

Kebanyakkan pendebat lahir daripada kerumitan, bermula dengan keberanian tanpa asas perdebatan tetapi ia merupakan pendidikan berterusan dalam komunikasi berkesan. Setiap pendebat dilahirkan daripada kegigihan. Debat bermakna bercakap soal keperluan berbanding kepentingan.
Setiap Anda empunya jiwa pendebat cuma ia perlu diasah dengan kecekalan.

 
 
 
 
 
 



Monday, June 24, 2013

Usul Pertandingan Debat Perpaduan Antara IPT 2013

 
 
pertandingan debat yang paling terdekat untuk masa ini ialah:
PERTANDINGAN DEBAT PERPADUAN ANTARA IPT TAHUN 2013

YANG AKAN DIADAKAN DI Universiti Malaysia Sabah UMS
BERIKUT MERUPAKAN SENARAI USUL
PERINGKAT SARINGAN, SUKU AKHIR & SEPARUH AKHIR:

BIL. SENARAI USUL:
1 PERPADUAN DI MALAYSIA SEMAKIN AMPUH
2 BAHASA MELAYU TUNJANG PERPADUAN NASIONAL
3 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL TERAS PENYATUAN BANGSA
4 INTEGRASI NASIONAL PEMANGKIN PERPADUAN KAUM
5 RUKUN NEGARA MENYATUKAN BANGSA
6 JURANG EKONOMI ADALAH JURANG PERPADUAN
7 DEMONSTRASI MELAMBANGKAN DEMOKRASI
8 MEDIA MENYUBURKAN PERPADUAN NEGARA
9 PEMBUDAYAAN PERPADUAN BERMULA DARI PEMIMPIN
10 KEMPEN PERPADUAN BUKAN SEKADAR PAPARAN
11 TRANSFORMASI KESEJAHTERAAN SOSIAL PERLU MENJADI AGENDA UNIVERSITI
12 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA MEMUPUK PERPADUAN
13 1MALAYSIA MENGUNTUNGKAN RAKYAT
14 KABINET PERLU DIANGGOTAI LEBIH RAMAI WANITA
15 SUARA MAHASISWA SEMAKIN DIDENGARI
16 PLKN PERLU DIPERLUAS
17 PENDIDIKAN PRASEKOLAH TUNAS INTEGRASI NASIONAL
18 FILEM PATRIOTIK SEMAKIN TERPINGGIR
19 SUKAN WAHANA PERPADUAN
20 KAHWIN CAMPUR MENGERATKAN INTEGRASI NASIONAL

BUAT PASUKAN UTHM DAN PASUKAN YANG BERTANDING SELAMAT MAJU JAYA DIUCAPKAN BUAT ANDA SEMUA.

Sunday, October 9, 2011

DEBAT PERSAHABATAN (BAHASA MALAYSIA)











Langkah Permulaan Bagi Pendebat-Pendebat Baru Dalam Dunia Perdebatan::
Dengan Usul::Jawatankuasa Kolej Kediaman(JKK) Agen Perpaduan Mahasiswa::

Debat persahabatan antara Kolej Kediaman Perwira dan Kolej Kediaman Tun Syed Nasir akan diadakan seperti ketetapan berikut:
...
Tarikh: 9 Oktober 2011 (Ahad)
Masa: 2.30 petang
Tempat: bilik aktiviti blok E (Kolej Kediaman Perwira)

Wednesday, October 5, 2011

Pengambilan Ahli Baru Seketeriat Debat

Assalamualaikum ,

Perhatian kepada semua pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sesiapa yang berminat untuk menyertai Seketeriat Debat bolehlah menghubungi nombor yang tertera dibawah untuk maklumat yang lebih lanjut. Untuk pengetahuan semua, kemasukkan kali ini sekaligus untuk mencari pendebat baru yang akan menjadi pelapis kepada pendebat-pendebat senior disamping menaikkan nama universiti dalam dunia debat ke peringkat yang lebih tinggi.

Selaku ahli sekretariat debat kami mengalu-alukan penyertaan anda. Selamat berjaya.
Cakna debat dengan meneroka ilmu.

Insyallah 1 pertandingan untuk mengasah bakat pendebat-pendebat baru akan diadakan, jadi untuk memudahkan sesi latihan Ahli Sekretariat Debat telah membahagikan pendebat untuk menjaga setiap kolej kediaman.

Ketua Unit Latihan
Sharifah Shakinah - 013 5828594

Kolej Kediaman Perwira
Dr.Afandi Bin Ahmad (Pengetua Kolej Kediaman Perwira)

Kolej Kediaman Tun Syed Nasir
Amirul Hakmal Bin Jalil - 013-7679061

Kolej Kediaman Tun Dr Ismail
Awang Nur Jihan - 013 7941976
Norliza Othman - 013 7526427

Kolej Kediaman Tun Fatimah
Nur Eliza Illani bt Abdul Aziz - 012 5474774

Pelajar Tanpa Asrama
Mohammad Azreen Shah b. Aziz Shah - 014 5059207

Kolej Kediaman Kelisa
Mohd Saddam b. Kamarulzaman - 013 7366285

Kolej Kediaman Taman Universiti
Lee Te Chuan - 013 7105310

Friday, September 23, 2011

Semoga Berjaya Team UTHM Pertandingan Debat Alam Sekitar

23 Sept 2011: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menghantar 1 pasukan ke pertandingan Debat Alam Sekitar yang akan bermula pada 23-27 Sept 2011 di Universiti Teknikal Malaysia.
Semoga Mereka Membawa Pulang Kejayaan....