Debat UTHM

Wednesday, July 29, 2009

UTHM di DAS 09

salam,

Tahniah kepada semua pendebat UTHM yang berjaya membanggakan pihak sekretariat serta universiti atas pencapaian mereka yang sangat memberangsangkan pada Pertandingan Debat Alam Sekitar 2009 (DAS 09) yang bertempat di Universiti Teknologi Petronas, Perak baru-baru ini.

Walaupun hanya menang 3 (UniMAP, UMK, UDM)pusingan dan kurang berjaya dengan 3 pusingan yang lain (USIM, UTM, MSU) daripada 6 pusingan penuh, pendebat UTHM berjaya menempah kedudukan ke-9 antara semua 22 IPT yang bertanding. Suatu pencapaian yang amat baik sepanjang penglibatan mereka dalam DAS.

UTHM diwakili oleh 5 orang pendebat terbaik iaitu
  • Muhammad Hakim
  • Fazrina Zifa
  • Umol Syamsul
  • Harwin
  • Awang
Dan diiringi oleh seorang pegawai universiti Ms Ng Wee Fern.

Tahniah kepada mereka sekali lagi atas pencapaian tersebut.

Sunday, July 5, 2009

Mesyuarat sem 1 / 2009

salam,

Pemberitahuan kepada semua ahli Sekretariat Debat Bahasa Melayu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, SEDEBAM.

Satu mesyuarat akan diadakan bersempena permulaan semester pengajian yang baru bagi tahun 2009. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut;

Tarikh : 11 Julai 2009
Hari : Sabtu
Masa : 10 pagi (waktu Malaysia)
Tempat : Bilik Gerakan Sekretariat Debat UTHM, Banggunan HEP
Agenda :
01. Pencarian perintis pendebat UTHM
02. Kemaskini aktiviti semester 1/2009
Kehadiran : Semua pendebat dan organisasi sekretariat (Wajib)
Aktiviti samping : Cap Keli Cap

Sebarang pertanyaan atau makluman lanjut, sila hubungi Sdri Fazrina Zifa di talian 013 715 5190