Debat UTHM

Sunday, February 6, 2011

Perlantikan Majlis Tertinggi Seketeriat Debat Sesi 2011/2012


Pada 25 Januari 2011 ahli Sekretariat Debat Bahasa Melayu telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi melantik ahli jawatankuasa tertinggi yang baru. Setelah mencapai kata sepakat kami telah memilih :

Pengerusi : Mohd Saddam bin Kamarulazaman
Naib Pengerusi : Amirul Hakmal bin Jalil
Setiausaha : Mohamad Azreen Shah bin Aziz Shah
Timb. Setiausaha : Sofiah Nadhirah binti Mohd. Padzil
Bendahari : Nur Eliza Illani binti Abdul Aziz
Timb. Bendahari : Atashaa Farahin binti Azahar
Ajk Informasi : Mohd Hamizan Bin Mazlan
Ajk Keceriaan : Lee Te Chuan
Ajk Latihan : Sharifah Shakinah binti Shamsir
Ajk Multimedia : Tengku Fatimatul Zam binti Tengku Mat Halim

"Cakna Debat Dengan Meneroka Ilmu"











Tuesday, August 10, 2010

MAKLUMAN Debat DiRaja 2010

Makluman

Universiti Tun Hussein Onn Malaysua, UTHM akan menjadi Tuan Rumah Pertadingan Debat DiRaja pada December 2010. Pihak sekretariat memerlukan 500 orang urusetia bagi menjayakan pertandingan ini. Maka, sekretariat mengalu-alukan permohonan mana-mana mahasiswa/i UTHM untuk menjadi URUSETIA pertandingan ini. Anda boleh mendapatkan Borang Permohonan di Pejabat Hal Ehwal Pelajar, HEP ataupun memuaturun borang pada link yang disediakan dibawah. Borang tersebut perlu dikembalikan kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar sebelum atau pada 30 OGOS 2010 (ISNIN). Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui laman kumpulan Pertandingan Debat DiRaja 2010 di Facebook (klik sini). Terima kasih diatas perhatian anda.


p/s: Sesi temuduga HANYA akan dijalankan sekiranya jumlah permohonan adalah melebihi daripada 500 permohon.

Monday, August 9, 2010

Pertandingan Debat DiRaja 2010

Salam Satu Malaysia..

Adalah dimaklumkan bahawa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UTHM akan menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Debat DiRaja 2010 yang dijadualkan berlangsung pada Disember 2010. Oleh hal yang demikian, pihak sekretariat telah membuka satu laman khas bagi Debat DiRaja 2010 di sesawang Facebook. Laman ini merupakan medium perhubungan alternatif bagi semua pendebat dan urusetia pertandingan. Sekian.

Laman kumpulan Debat DiRaja 2010
Laman sesawang Sekretariat Debat UTHM

-------------------------------------

Salam Satu Malaysia ..

Please be informed that the University of Tun Hussein Onn Malaysia, UTHM will host The 2010 Royal Debate Competition scheduled in December 2010. Therefore, the Secretariat has opened a special site for The 2010 Royal Debate Competition in Facebook. This page is an alternative communications medium for all debaters and committee members of the competition. Thank you.

Group The 2010 Royal Debate Competition
Facebook UTHM Debate Secretariat


Monday, July 5, 2010

Debat Alam Sekitar 2010

Saringan
16 Julai 2010


Pusingan 1- Teknologi Hijau Melestarikan Alam Sekitar

Pusingan 2- Isu Alam Sekitar: NGO Menangguk di Air Yang Keruh

Pusingan 3- Prasarana Terbina, Alam Sekitar Merana


Saringan
17 Julai 2010


Pusingan 4- Program Mekanisme Pembangunan Bersih (CDM) Lebih Menguntungkan Syarikat Daripada Alam Sekitar

Pusingan 5- Penggunaan Air Tanah Membawa Bencana Kepada Alam Sekitar

Pusingan 6- Pengurusan Buangan Elektrik dan Elektronik (e-Waste) Berjaya Dilaksanakan


Suku Akhir
18 Julai 2010


Gaya Hidup Mesra Alam, Ibarat Hidup Segan Mati Tak Mahu

Separuh Akhir
18 Julai 2010


Kita Perlu Teknologi Terkini Untuk Menyelesaikan Pencemaran Air


Akhir
19 Julai 2010


Penguatkuasaan Undang-Undang Lebih Berkesan Daripada Pemantapan Kesedaran Dalam Menyelamatkan Alam Sekitar

Maklumat lanjut:

Thursday, February 11, 2010

Ranking Latihan Intensif Ke-4

salam,

Berikut merupakan Ranking Pusingan 4 bagi Latihan Intensif yang telah berlangsung pada 30 Januari yang lalu. Biro Latihan memohon maaf bagi kelewatan pengeluaran ranking kerana mengutamakan komitmen lain. Harap maklum. Ranking bagi Latihan Intensif versi SMIH dan IPTI akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Ranking 04

Saturday, February 6, 2010

Latihan Intensif Debat

salam,

Kali ini Latihan Intensif debat bagi persediaan pendebat bagi pertandingan sepanjang sesi 2010 diadakan di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Skudai, Johor Darul Takzim. Sesi berjalan dalam 2 sidang dengan usul Sukan Malaysia Membanggakan. Sekarang sesi perdebatan masih berjalan dan dijangka tammat pada sedikit masa lagi. Laporan lanjut beserta gambar akan dirakamkan dalam blog dalam jangka masa terdekat. Insyaalah.

p/s : Ranking pendebat sesi 3 dan 4 akan dikemaskini dalam masa terdekat. Harap maklum.

Debat IKIM

salam,

Jika mengikut kepada Almanak debat tahun ini. Bulan Februari merupakan bulan yang agak padat dengan sesi pertadingan pengucapan umum. Dukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Debat Institut Kefahaman Islam Malaysia yang dijangka berlangsung pada 8 hingga 12 Februari 2010 tidak akan disertai oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Hal ini berlaku kerana terdapat sedikit masalah teknikal serta masalah komunikasi semasa pendaftaran nama peserta. Harap maklum.