Debat UTHM

Friday, June 26, 2009

Alam Sekitar - UTP

salam,

kurang sebulan lagi gelanggang debat alam sekitar akan dibuka di Universiti Teknologi Petronas, UTP. Kronologi bertautan dari Integriti, Perpaduan dan ke FOMCA. Kini tiba masa isu Alam Sekitar diangkat sebagai agenda utama perdebatan. Selama 5 hari 4 malam, pendebat-pendebat IPT akan berkampung di Perak atas mandat yang satu, berbahas isu global, ALAM SEKITAR. Dari 24 hingga 28 Julai 2009. Berikut merupakan usul bagi 6 pusingan saringan Debat Alam Sekitar 2009 :

Pusingan 1
Penerokaan Hutan Membawa Faedah

Pusingan 2
Penggunaan Pembungkus Plastik Perlu DIHaramkan

Pusingan 3
"Earth Hour" Perlu DiTeruskan

Pusingan 4
Kereta Hibrid Hanya Menguntungkan Pengeluarnya

Pusingan 5
Dunia Memerlukan Teknologi Biofuel

Pusingan 6
Perdagangan Karbon Menjual Alam

Bagi pendebat-pendebat UTHM, perjalanan kalian kami iringi selautan doa keberkatan agar kalian mampu untuk mengecap puck tertinggi. Ingatlah,
Demi mencicip kemanisan, kita perlu mengupas kepahitan

Maklumat lanjut, sila layari blog DAS 2009 dengan mengetik gambar di bawah;

No comments: