Debat UTHM

Sunday, June 21, 2009

Keputusan Debat FOMCA 2009

salam,

hampir 4 hari 3 malam UTHM dihuni oleh pendebat-pendebat hebat daripada seluruh pelusuk Malaysia.. Setelah penat lelah berjuang dalam debat kepenggunaan ini, berikut disenaraikan pemenang bagi Pertandingan Debat Kepenggunaan 2009.

Tuan Rumah : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UTHM

Usul : Kuasa Pengguna Hanya Pada Suara

Johan : Universiti Putra Malaysia, UPM (Pembangkang)
Naib Johan : Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (Kerajaan)

Pendebat Terbaik Pentas Akhir : Sdr. Mohd Syamsul bin Salleh (UPM)
Pendebat Terbaik Liga : Sdr. Mohd Firdaus B Ahmad (UM)

4 comments:

Anonymous said...

syabas uthm atas pganjuran debat fomca 2009, tapi perlu lebih bnyk diperbaiki dr aspek keselesaan pndebat trutamanya layanan runner trhadap pasukan y diamanhkan, sy sdikit kcewa dlm hal ini..

debat UTHM said...

terima kasih atas teguran tuan/puan. Masalah runner kurang mesra ada saya terima sebelum2 ini. Bertindak selaku ketua runner, saya mohon maaf andai anak buah saya tidak menjaga kebajikan pasukan debat tuan/puan. Ini merupakan pertama kali mereka semua didedahkan kepada arena perdebatan, mungkin sedikit rasa gemuruh atau segan berhadapan dengan pasukan debat institusi lain menyebabkan mereka berlaku sedemikian. Walaubagaimanapun, terima kasih atas teguran tuan/puan. Moga ini menjadi sesuatu yang dapat dielakkan pada masa mendatang. Insyaallah..

Anonymous said...

salam. mabruq di atas kejayaan menganjurkan tournament kali ini.

normal,setiap penganjuran ada yg lemah dan bagus.
yg bagus di pertingkatkan, yg lemah diperbaiki.

tp ade beberapa perkara berbangkit.

1. Harap UTHM meletakkan RANKING TEAM dan PESERTA semasa pusingan round. Sebab ada wakil IPT tak dpt. Bila ditanya, alasan kami lewat. Hope leh letakkan di sini yek. Senanglah IPT yg tak dpt dan balik awal dpt tgok.

2. Usherer tak mesra alam. Maaf yek. Senyum la sikit kalo nak membantu. ^_^

3. Penginapan, makanan, transport = mantop!!

debat UTHM said...

Terima kasih atas teguran anda.

1. Ranking itu adalah hak kekal Ketua Juri sahaja. Pihak UTHM tidak dapat berbuat apa-apa. Kami hanya mampu meminta dr Juri. Walaupun begitu, pada hari terakhir pertandingan, ada diedarkan senarai ranking ini dan hanya terdapat lebih kurang 15 salinan sahaja kerana terdapat masalah teknikal. ada yang dapat dan ada yang tidak. bagi yang tidak dapat, kami dimaklumkan bahawa pihak FOMCA akan menyiarkan di laman web mereka, tetapi hingga kini masih tiada. mungkin lewat sedikit.

2. Berkenaan dengan usher ini saya sebagai ketua runner mohon maaf atas tindakan segelintir anak buah saya. Permasalahan ini saya sudah terangkan di komen sebelumnya.

3. Terima kasih atas pujian tersebut. Kami cuba untuk membuat penambahbaikkan dalam perkara hal yang tersebut. Insyaallah..