Friday, August 21, 2009

salam Ramadhan

salam,



Sekretariat Debat UTHM ingin mengucapkan,
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak
kepada semua ahli sekretariat, warga kampus UTHM dan seluruh umat Islam di Malaysia khusunya, dan di dunia amnya.

Monday, August 10, 2009

Mini Gathering di Pesta

salam,

Bersempena Pesta Konvokesyen Ke-8 UTHM, pihak sekretariat debat UTHM telah mengambil kesempatan ruang yang ada untuk melakukan "mini gathering" di tapak pesta. Antara yang hadir adalah Miss Ng (penasihat), Kak Yong (senior), Fazrina (presiden) dan ramai lagi.


Saudari Nazratul Munirah a.k.a Kak Yong sanggup turun dari Perak semata-mata ingin menghadiri majlis tersebut (sebenarnya, beliau yang merancang). hampir 12 orang ahli sekretariat hadir bagi memeriahkan perhimpunan mini tersebut.

Insyaallah, ada masa kita ketemu lagi...
Lagi gambar di SINI...

Sunday, August 9, 2009

CADANGAN USUL DEBAT KEMERDEKAAN 2009@USIM

GAGASAN SATU MALAYSIA.

1. Kita perlukan 1 Malaysia
2. Satu Malaysia Asas Perpaduan
3. Satu Malaysia : Penerusan Bukan Pembaharuan
4. Satu Malaysia : Rakyat Penentu Pencapaian
5. Gagasan 1 Malaysia : Pemangkin Pembangunan Negara

POLITIK.

1. Kekalutan politik memecahbelahkan rakyat.
2. Negara bangsa : Kita semakin jelas.
3. Semangat patriotisme penentu kejayaan Negara.
4. Politik baru, resipi kelestarian negara.
5. Politik kampus menjadikan mahasiswa lebih berintegriti
6. Pengundi Malaysia masih belum bijak
7. Pemimpin kita tidak menghayati sejarah
8. Negara memerlukan lebih ramai pemimpin wanita

PENDIDIKAN.

1. Kembali ke bahasa melayu : keputusan terbaik kita.
2 . Pendidikan sivik dan kewarganegaraan melahirkan pelajar patriotik
3 . Sekolah satu aliran wadah pembentukan Negara bangsa.
4 . Matapelajaran sejarah perlu dipanjangkan.
5. Memupuk semangat perpaduan: tanggungjawab sekolah.


ISU KEMERDEKAAN.

1. Kemerdekaan Negara dihargai
2. Sambutan hari kemerdekaan hanya ikut-ikutan.
3. Kemerdekaan membawa kebebasan.


SOSIAL.

1. Integriti membina perpaduan.
2. Perpaduan asas mencapai status Negara maju.
3. Media alternatif mengancam perpaduan.
4. Upin dan Ipin: menifestasi perpaduan kita.
5. Bandaraya warisan dunia: Simbol Penghayatan Sejarah.
6. Semangat Patriotisme : Industri Perfileman perlu lebih aktif.
7. Kita perlu lebih liberal demi perpaduan.
8. Isu Perpaduan, pihak swasta lepas tangan
9. Sejarah kita disalah guna
10. Khazanah Arkib : Kenal tapi tak cinta

EKONOMI.

1. Subsidi masih relevan.
2. Wilayah pembangunan ekonomi: hangat-hangat tahi ayam.
3. Krisis ekonomi mengugat kestabilan perpaduan negara