Friday, December 25, 2009

Ranking Pasukan dan Pendebat

salam,


Berikut disediakan Ranking Pasukan serta Ranking Pendebat bagi
Pertandingan Debat Pencegahan Rasuah IPT Peringkat Negeri Johor 2009
yang telah berlangsung pada hari lalu.

Raking Pasukan : SINI
Ranking Pendebat : SINI

Thursday, December 24, 2009

Usai SPRM

salam,

Usai pertandingan Debat Pencegahan Rasuah IPT Peringkat Negeri Johor 2009. Keputusan pertandingan adalah seperti yang berikut;

Tuan Rumah : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Usul : Pencegahan Rasuah Belum Terbudaya
Johan : Universiti Teknologi Malaysia, UTM (Pembangkang)
Naib Johan : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UTHM (Kerajaan)
Pendebat Terbaik Akhir : Janifal bin Alipal (UTHM A)
Pendebat Terbaik Liga : Ruwaidah (UTM A)
Juri : 4 - 3
Margin : 2.5
Keputusan : Usul ditolak

Separuh Akhir
1. Institut Perguruan Temenggong Ibrahim - A
2. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia - B

Tahniah kepada semua pemenang! - Pihak penganjur ingin memohon maaf kepada semua ahli-ahli persidangan kali ini sekiranya terdapat kecelaan major atau minor yang dihadapi sepanjang dua hari berada di bumi Batu Pahat. Insyaallah, kecelaan itu kami sedang cuba untuk memperbaiki dari masa ke masa. Ada rezeki, kita akan bertemu lagi ditahun hadapan!

Saturday, December 19, 2009

Tentatif Debat Pencegahan Rasuah

salam,

Disini disertakan Tentatif Pertandingan
Debat Pencegahan Rasuah IPT Peringkat Negeri Johor 2009

klik sini untuk muaturun : TENTATIF

UTHM Sebagai Naib Johan Pertandingan Debat Diraja Antara Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2009

Penyertaan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia dalam Pertandingan Debat Diraja Antara Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2009 telah membuahkan hasil apabila berjaya melangkah hingga ke peringkat akhir lalu melonjakkan kedudukan UTHM sebagai Naib Johan dalam arena pertandingan tersebut.

Pertandingan debat yang dianjurkan bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Universiti Malaya (UM) dan Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM) ini telah diadakan dari 3 hingga 7 Disember 2009 di Universiti Malaya.

Pada hari pertama, UTHM mencatat hatrik apabila berjaya menundukkan ketiga-tiga pencabar pada hari tersebut. Pusingan pertama UTHM berjaya mengalahkan Universiti Kebangsaan Malaysia. DIikuti pertemuan dengan Universiti Malaya, UTHM menang dan seterusnya UTHM berjumpa dengan pasukan UTP. Penamat yang baik bagi hari tersebut.

Pada hari kedua pertandingan, para pendebat telah bersidang sebanyak 3 kali. Bermula di Sidang 4, UTHM bersemuka dengan Universiti Teknologi Mara. Pusingan kedua di sidang 5 UTHM bersaing dengan UTP. Di sidang 6, UTHM bertemu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UTHM kecundang.

Pada hari ketiga, UTHM berjaya memasuki peringkat suku akhir (sidang 7) dan berjaya menundukkan kedua-dua pencabar pada hari tersebut. Pusingan pertama UTHM berjaya mengalahkan Universiti Teknologi Mara. DIikuti pertemuan dengan Universiti Sains Malaysia (sidang 8), UTHM menang. Penamat yang baik bagi hari tersebut kerana UTHM menang dengan juri 5-0.

Dengan kemenangan sebanyak 7 persidangan daripada 8 persidangan telah melayakkan UTHM ke pentas akhir untuk bersua dengan pendebat dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Bersidang di pentas akhir , pasukan UTHM selaku pembangkang dengan usul Pembinaan Negara Bangsa Lebih Penting, berakhir dengan kekalahan maka usul diterima.

Pertandingan ini tamat dengan Universiti Kebangsaan Malaysia diangkat sebagai juara keseluruhan dan diberi ganjaran sebanyak RM5000 dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di tempat naib johan menerima sebanyak RM3000.

Sumber : UTHM

Tuesday, December 15, 2009

Pertandingan Debat Pencegahan Rasuah IPT

salam Satu Malaysia.

Adalah dimaklumkan bahawa
Sekretariat Pencegahan Rasuah UTHM
dengan kerjasama
Sekretariat Debat UTHM
akan menganjurkan

Pertandingan Debat Pencegahan Rasuah IPT
Peringkat Negeri Johor

bertempat di
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor

pada
22hb dan 23hb Disember 2009

Sebarang kemaskini akan dimuatkan di dalam blog ini dari masa ke masa.

Wednesday, December 9, 2009

Naib Johan Debat DiRaja 2009

salam,

Naib Johan
Pertandingan Debat DiRaja 2009


Sekretariat Debat UTHM ingin mengucapkan setinggi-tinggi pernghargaan kepada delegasi UTHM yang berjaya mengukir nama sekretariat amnya dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia khususnya di Pertandingan Debat DiRaja 2009 yang berlangsung di Universiti Malaya. Pendebat UTHM telah berjaya mendapat tempat Naib Johan yang membawa pulang Piala Iringan dan Wang Tunai RM3000.00 . Dengan usul Pembinaan Negara Bangsa Lebih Penting dengan pihak kerajaan diwakili oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan pembangkang Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Walaupun tewas di Pentas Akhir, pihak universiti dan sekretariat amat berbangga akan pencapaian yang ditunjukkan oleh pendebat-pendebat UTHM. Tahniah buat kalian!



Sunday, December 6, 2009


Ini merupakan gambar peserta-peserta Debat Diraja 2009 kali ini.
Segala kemaskini akan dibuat selepas ini.
Esok,

pasukan UTHM Utama akan bertemu pasukan UKM Utama di peringkat akhir. Pihak sekretariat mendoakan kejayaan semua.