Thursday, February 11, 2010

Ranking Latihan Intensif Ke-4

salam,

Berikut merupakan Ranking Pusingan 4 bagi Latihan Intensif yang telah berlangsung pada 30 Januari yang lalu. Biro Latihan memohon maaf bagi kelewatan pengeluaran ranking kerana mengutamakan komitmen lain. Harap maklum. Ranking bagi Latihan Intensif versi SMIH dan IPTI akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Ranking 04

Saturday, February 6, 2010

Latihan Intensif Debat

salam,

Kali ini Latihan Intensif debat bagi persediaan pendebat bagi pertandingan sepanjang sesi 2010 diadakan di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Skudai, Johor Darul Takzim. Sesi berjalan dalam 2 sidang dengan usul Sukan Malaysia Membanggakan. Sekarang sesi perdebatan masih berjalan dan dijangka tammat pada sedikit masa lagi. Laporan lanjut beserta gambar akan dirakamkan dalam blog dalam jangka masa terdekat. Insyaalah.

p/s : Ranking pendebat sesi 3 dan 4 akan dikemaskini dalam masa terdekat. Harap maklum.

Debat IKIM

salam,

Jika mengikut kepada Almanak debat tahun ini. Bulan Februari merupakan bulan yang agak padat dengan sesi pertadingan pengucapan umum. Dukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Debat Institut Kefahaman Islam Malaysia yang dijangka berlangsung pada 8 hingga 12 Februari 2010 tidak akan disertai oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Hal ini berlaku kerana terdapat sedikit masalah teknikal serta masalah komunikasi semasa pendaftaran nama peserta. Harap maklum.