salam,
Kemaskini ringkas..
17 Jun
Peserta debat sudah mula mendaftar. Ada yang turun bas dekat BP. Ada yang naik bas. Ada yang naik van. Ada yang naik kapal terbang. Sesi T.O.T. runner, eksekutif jamuan dan pengangkutan berjaya dilaksanakan. Alhamdulillah..
18 Jun
Pendaftaran bermula agak lewat daripada pihak FOMCA kerana ada sedikit masalah teknikal. Pihak UTHM telah membuat pendaftaran kolej kediaman bagi pendebat yang tiba semalam dan hari ini. Pendaftaran Juri berlangsung di Hotel Crystal Inn, Batu Pahat. Pendaftaran pihak FOMCA bermula jam 2.00 ptg di Dewan Kuliah A. Masih ada pasukan yang baru tiba. Sesi ceramah berlangsung dengan lancar. Malam, peserta masuk ke Dewan Tunku Ibrahim Ismail, DTII untuk slot ceramah 4 dan kemudian di bawa ke Dewan Terbuka untuk Majlis 'Welcoming Dinner".
19 Jun
4 pusingan berlangsung dengan lancar. Kerjasama yang diberikan oleh semua berada pada tahap maksima. Runner semua begitu proaktif, Cemerlang!. Pusingan ke-4 dibawa ke sesi petang atas perbincangan juri. Malam, ada pasukan yang berbincang, ada yang ke Ayer Hitam, ada ke Dataran Penggaram, dsb.
20 Jun
2 pusingan berlangsung (5 & 6). 8 pasukan teratas berjaya mara ke pusingan SUKU AKHIR. Alhamdulillah, pasukan UTHM telah berjaya ke SUKU AKHIR. walaupun begitu, mereka "kurang berjaya" apabila bertembung dengan UTP. Pasukan ke SEPARUH AKHIR, UiTM, UPM, UKM dan UTP. Pasukan ke pusingan AKHIR adalah Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pertandingan akan berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, DTII. Semoga berjaya pada semua!!