Debat UTHM

Friday, September 11, 2009

Video Akhir Debat FOMCA '09

salam,

Disini disediakan link video penuh, Pertandingan Pentas Akhir Debat Kepenggunaan 2009 yang telah berlangsung dengan jayanya di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Jika ingin menontonnya, sila klik pada link dibawah. Selamat menonton.



Dilarang Melarang - Deskripsi

Klik pada gambar di atas

Wednesday, September 9, 2009

Debat Piala TNC sempena Karnival Aktiviti Pelajar 2009

Minta perhatian semua ahli Sekretariat Debat,

sila emelkan alamat mel anda kepada Fazrina Zifa ( fzifa89@yahoo.com/fazweirdo@hotmail.com)secepat mungkin.

sila ambil perhatian kerana Debat Piala TNC sempena Karnival Aktiviti Pelajar 2009 akan diadakan kurang satu bulan dari jangka waktu sekarang.

komitmen anda sangatlah dihargai.
terima kasih.

Friday, August 21, 2009

salam Ramadhan

salam,



Sekretariat Debat UTHM ingin mengucapkan,
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak
kepada semua ahli sekretariat, warga kampus UTHM dan seluruh umat Islam di Malaysia khusunya, dan di dunia amnya.

Monday, August 10, 2009

Mini Gathering di Pesta

salam,

Bersempena Pesta Konvokesyen Ke-8 UTHM, pihak sekretariat debat UTHM telah mengambil kesempatan ruang yang ada untuk melakukan "mini gathering" di tapak pesta. Antara yang hadir adalah Miss Ng (penasihat), Kak Yong (senior), Fazrina (presiden) dan ramai lagi.


Saudari Nazratul Munirah a.k.a Kak Yong sanggup turun dari Perak semata-mata ingin menghadiri majlis tersebut (sebenarnya, beliau yang merancang). hampir 12 orang ahli sekretariat hadir bagi memeriahkan perhimpunan mini tersebut.

Insyaallah, ada masa kita ketemu lagi...
Lagi gambar di SINI...

Sunday, August 9, 2009

CADANGAN USUL DEBAT KEMERDEKAAN 2009@USIM

GAGASAN SATU MALAYSIA.

1. Kita perlukan 1 Malaysia
2. Satu Malaysia Asas Perpaduan
3. Satu Malaysia : Penerusan Bukan Pembaharuan
4. Satu Malaysia : Rakyat Penentu Pencapaian
5. Gagasan 1 Malaysia : Pemangkin Pembangunan Negara

POLITIK.

1. Kekalutan politik memecahbelahkan rakyat.
2. Negara bangsa : Kita semakin jelas.
3. Semangat patriotisme penentu kejayaan Negara.
4. Politik baru, resipi kelestarian negara.
5. Politik kampus menjadikan mahasiswa lebih berintegriti
6. Pengundi Malaysia masih belum bijak
7. Pemimpin kita tidak menghayati sejarah
8. Negara memerlukan lebih ramai pemimpin wanita

PENDIDIKAN.

1. Kembali ke bahasa melayu : keputusan terbaik kita.
2 . Pendidikan sivik dan kewarganegaraan melahirkan pelajar patriotik
3 . Sekolah satu aliran wadah pembentukan Negara bangsa.
4 . Matapelajaran sejarah perlu dipanjangkan.
5. Memupuk semangat perpaduan: tanggungjawab sekolah.


ISU KEMERDEKAAN.

1. Kemerdekaan Negara dihargai
2. Sambutan hari kemerdekaan hanya ikut-ikutan.
3. Kemerdekaan membawa kebebasan.


SOSIAL.

1. Integriti membina perpaduan.
2. Perpaduan asas mencapai status Negara maju.
3. Media alternatif mengancam perpaduan.
4. Upin dan Ipin: menifestasi perpaduan kita.
5. Bandaraya warisan dunia: Simbol Penghayatan Sejarah.
6. Semangat Patriotisme : Industri Perfileman perlu lebih aktif.
7. Kita perlu lebih liberal demi perpaduan.
8. Isu Perpaduan, pihak swasta lepas tangan
9. Sejarah kita disalah guna
10. Khazanah Arkib : Kenal tapi tak cinta

EKONOMI.

1. Subsidi masih relevan.
2. Wilayah pembangunan ekonomi: hangat-hangat tahi ayam.
3. Krisis ekonomi mengugat kestabilan perpaduan negara

Wednesday, July 29, 2009

UTHM di DAS 09

salam,

Tahniah kepada semua pendebat UTHM yang berjaya membanggakan pihak sekretariat serta universiti atas pencapaian mereka yang sangat memberangsangkan pada Pertandingan Debat Alam Sekitar 2009 (DAS 09) yang bertempat di Universiti Teknologi Petronas, Perak baru-baru ini.

Walaupun hanya menang 3 (UniMAP, UMK, UDM)pusingan dan kurang berjaya dengan 3 pusingan yang lain (USIM, UTM, MSU) daripada 6 pusingan penuh, pendebat UTHM berjaya menempah kedudukan ke-9 antara semua 22 IPT yang bertanding. Suatu pencapaian yang amat baik sepanjang penglibatan mereka dalam DAS.

UTHM diwakili oleh 5 orang pendebat terbaik iaitu
  • Muhammad Hakim
  • Fazrina Zifa
  • Umol Syamsul
  • Harwin
  • Awang
Dan diiringi oleh seorang pegawai universiti Ms Ng Wee Fern.

Tahniah kepada mereka sekali lagi atas pencapaian tersebut.

Sunday, July 5, 2009

Mesyuarat sem 1 / 2009

salam,

Pemberitahuan kepada semua ahli Sekretariat Debat Bahasa Melayu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, SEDEBAM.

Satu mesyuarat akan diadakan bersempena permulaan semester pengajian yang baru bagi tahun 2009. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut;

Tarikh : 11 Julai 2009
Hari : Sabtu
Masa : 10 pagi (waktu Malaysia)
Tempat : Bilik Gerakan Sekretariat Debat UTHM, Banggunan HEP
Agenda :
01. Pencarian perintis pendebat UTHM
02. Kemaskini aktiviti semester 1/2009
Kehadiran : Semua pendebat dan organisasi sekretariat (Wajib)
Aktiviti samping : Cap Keli Cap

Sebarang pertanyaan atau makluman lanjut, sila hubungi Sdri Fazrina Zifa di talian 013 715 5190