Debat UTHM

Wednesday, December 9, 2009

Naib Johan Debat DiRaja 2009

salam,

Naib Johan
Pertandingan Debat DiRaja 2009


Sekretariat Debat UTHM ingin mengucapkan setinggi-tinggi pernghargaan kepada delegasi UTHM yang berjaya mengukir nama sekretariat amnya dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia khususnya di Pertandingan Debat DiRaja 2009 yang berlangsung di Universiti Malaya. Pendebat UTHM telah berjaya mendapat tempat Naib Johan yang membawa pulang Piala Iringan dan Wang Tunai RM3000.00 . Dengan usul Pembinaan Negara Bangsa Lebih Penting dengan pihak kerajaan diwakili oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan pembangkang Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Walaupun tewas di Pentas Akhir, pihak universiti dan sekretariat amat berbangga akan pencapaian yang ditunjukkan oleh pendebat-pendebat UTHM. Tahniah buat kalian!



Sunday, December 6, 2009


Ini merupakan gambar peserta-peserta Debat Diraja 2009 kali ini.
Segala kemaskini akan dibuat selepas ini.
Esok,

pasukan UTHM Utama akan bertemu pasukan UKM Utama di peringkat akhir. Pihak sekretariat mendoakan kejayaan semua.

Tuesday, October 13, 2009

Surat Pengecualian Kuliah

salam,

Perhatian kepada semua
URUSETIA dan PESERTA
Pertandingan Debat Piala Timbalan Naib Canselor '09
bersempena Karnival Aktiviti Pelajar, UTHM

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Surat Pengecualian Kuliah bagi tarikh program 3 - 5 Oktober 2009 masih belum dikeluarkan oleh pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar, UTHM disebabkan senarai nama penuh daripada kelab-kelab lain belum diterima oleh pejabat. Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dengan kadar segera. Harap maklum.

Monday, September 28, 2009

Usul: Pertandingan Debat Piala TNC 09

salam,

Usul Pertandingan Debat Piala Timbalan Naib Canselor UTHM, 2009

maaf atas kelewatan penyiaran usul ini.

1. Memupuk Semangat Perpaduan: Tanggungjawab Sekolah
2. Intergriti Membina Perpaduan
3. Semangat Patriotisme Rakyat Semakin Pudar
4. Wawasan 2020 Sukar Di Capai
5. Guru Membina Modal Insan
6. Demokrasi Malaysia Semakin Subur
7. Gagasan Satu Malaysi: Pemangkin Pembangunan Negara
8. Perpaduan Asas Mencapai Status Negara Maju
9. Satu Malaysia: Rakyat Penentu Pembangunan Negara
10. DEB Perlu Diteruskan
11. ASEAN Perlu Lebih Sepakat
12. Dunia Tidak Perlukan Kuasa Veto
13. Kita Semakin Terancam
14. PBB Masih Relevan
15. Media Alternative Perlu Disekat
16. Amerika Syarikat Mampu Mengamankan Dunia
17. Malaysia Semakin Terancam
18. SPRM cuma Bertukar Warna
19. Perpaduan Negara Kita Telah Berjaya
20. Dunia Perlukan Doraemon
21. Upin Dan Ipin Manifestasi Perpaduan Malaysia
22. Masalah Rumah Tangga: Orang Ketiga Penyelesaiannya
23. Isu Asia Barat: Kita Kekal Sesat

Karnival Aktiviti Pelajar 2009

Salam.

Sila muat turun lampiran ini untuk malkumat lanjut sempena Karnival Aktiviti Pelajar 2009 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Terima kasih.

Sila klik di sini: KAP09