Debat UTHM

Saturday, February 6, 2010

Debat IKIM

salam,

Jika mengikut kepada Almanak debat tahun ini. Bulan Februari merupakan bulan yang agak padat dengan sesi pertadingan pengucapan umum. Dukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Debat Institut Kefahaman Islam Malaysia yang dijangka berlangsung pada 8 hingga 12 Februari 2010 tidak akan disertai oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Hal ini berlaku kerana terdapat sedikit masalah teknikal serta masalah komunikasi semasa pendaftaran nama peserta. Harap maklum.

Saturday, January 23, 2010

Ranking Latihan Intensif Ke-3

salam,

Tahniah kepada semua atas pencapaian pada Pusingan Ketiga - Latihan Intensif 2010. Berikut merupakan keputusan yang telah disediakan oleh Biro Latihan SDUTHM.

Ranking 03

Sembah Takziah Atas Kemangkatan DYMM Sultan Johor

salam,


Sekretariat Debat UTHM menyembahkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat ke atas kaum kerabat Di Raja Negeri Johor di atas kemangkatan DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail. Semoga roh tuanku dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.

Al-Fatihah

Monday, January 18, 2010

Mesyuarat Kali Ke 3/2010

NOTIS PENTING

Mesyuarat Kali Ke 3/2010
Sekretariat Debat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pengerusi : En Awang Mohd Nurjihan
Agenda : Aktiviti 2010 + Jaket Sekretariat + Yuran + Perkara Berbangkit
Lokasi : Perpustakaan, Pejabat Bendahari, UTHM
Tarikh : 29 Januari 2010
Masa : 9.00malam
Kehadiran : Majlis Tertinggi, Ahli Sekretariat, Hakim dan Azri

Sebarang masalah untuk hadir mestilah bersebab munasabah yang dimaklumkan kepada debat.uthm@gmail.com sebelum atau pada hari kejadian. Kegagalan pihak tuan/puan berbuat demikian akan memungkinkan tindakan disiplin dikenakan tanpa segan silu.

Komitmen kalian - Kemaslahatan

Mohd Saddam - 18 Jan - 19 tahun


ketik pada gambar untuk tumbesaran maksima

Sunday, January 17, 2010

Ranking Latihan Intensif Ke-2

Berikut merupakan kedudukan pendebat selepas Pusingan Ke-2 pada 16 Januari 2010 yang lalu. Tahniah kepada semua!


Ranking 02

Sunday, January 10, 2010

Ranking Latihan Intensif 01/2010

Berikut adalah kedudukan pendebat bagi Latihan Intensif 01/2010 yang telah berlangsung dengan jayanya pada hari semalam. Tahniah kepada semua atas komitmen yang telah diberikan.

Muaturun fail Ranking Pendebat (pdf)