Debat UTHM

Saturday, June 13, 2009

Pertandingan Debat Kepenggunaan 2009

salam,

Alhamdulillah.. tahun 2009 sekali lagi mengizinkan gelanggang Debat Kepenggunaan untuk dibuka. Pertandingan Kepenggunaan anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merupakan acara tahunan sempena Sambutan Hari Pengguna Malaysia. Pertandingan Debat Kepenggunaan antara IPTA, Swasta dan Institut Perguruan pada tahun ini akan berlangsung di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor.

Walaupun universiti ini masih baru, tetapi komitmen yang ditunjukkan bagi menjadi tuan rumah pada kali ini sungguh padu. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menerima kunjungan IPTA, IPTS dan IPG dari seluruh Malaysia dan akan berkampung di sini selama lima hari iaitu bermula 18hbb Jun hingga 21hb Jun 2009. Semoga kedatangan kalian akan memeriahkan lagi suasana perdebatan pada kali ini. Insyaallah..

Kami selaku Sekretariat Debat UTHM, mewakili pihak universiti untuk mengucapkan

Selamat Datang
kepada semua pendebat (IPTA/IPTS/IPG) ke

Pertandingan Debat Kepenggunaan 2009

yang bertempat di



uthmlogoputih

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor Darul Ta'zim
Malaysia

Butiran mengenai Pertandingan Debat Kepenggunaan 2009 boleh diperolehi di SINI <--- ketik Laman web Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor (SINI) <--- ketik

No comments: