Debat UTHM

Sunday, June 21, 2009

Usai Pengguna

salam,

Alhamdulillah..
usai segalanya pada hari ini.
  1. Terima kasih kepada semua institusi yang sudi bertandang ke UTHM demi dasar yang satu, memperjuangkan hak pengguna Malaysia melalui medium perdebatan.
  2. Sisip penghargaan kepada pihak FOMCA atas anjuran pertandingan ini yang boleh dibanggakan penganjurannya..
  3. Sekalung tahniah kepada pasukan Universiti Putra Malaysia, UPM kerana berjaya menyandang gelaran Johan serta kepada Sdr. Sham atas sandarannya sebagai Pendebat Terbaik Pentas Akhir.
  4. Tidak dipinggir buat pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia yang berjaya menapak di kedudukan Naib Johan.
  5. Buat semua IPTA/S dan IPG yang mengambil bahagian, tahniah kerana anda berjaya untuk menjadi antara yang bertuah untuk turut serta dalam pertandingan mega ini.
  6. Kepada semua urusetia pembantu pelajar, segunung junjungan terima kasih pihak sekretariat ucapkan kepada kalian atas bantuan komited yang ditonjokan.
  7. Untuk mana-mana pihak yang terasa akan kekurangan daripada pihak UTHM, kami ingin merapat jari memohon maaf atas kebenjatan tersebut. Bukan kehendak kita, kami merancang, Yang Maha Esa yang menentukannya.
  8. Buat semua, insyaallah kita ketemu lagi pabila ditakdir oleh-Nya kita bertemu..
  9. Picisan kenangan dalam debat fomca ini akan cuba dimasukkan ke dalam album maya, flickr debat-uthm.

No comments: